28 Mac 2011

cite² oR angan² ?

dulu²  time skola rendah korg mesti penah isi borg yg ade mntk name penuh, alamat, cecite bla².....
kat tang cecite 2 ade 3column...ape yg korg letak ea kat situ? xpun time cikgu tanye ape cecite korg, korg jawap ape? mesti ramai yg ckp doktor x pun cikgu kn3 ? hehehe...klau aku dlu nk jd cikgu, polis dgn usahawan tp dlu kecik² x tulis usahawan, dlu tulis pemilik kedai runcit =P ..klakar ea cecita aku, dlu aku pkir klau aku bk kedai runcit nnt aku senang. klau aku nk barang aku x pyh beli aku amek je...tp 2 dlu time x tau untung-rugi...

Bila dh beso sikit dh msuk skol men. aku dpt masuk skol men teknik kota jurusan PKA, ea slh bkn dpt msuk tp kne pakse masuk. sbbnya len yg aku plih len yg ku dpt. aku pilih teknik len dan dh tentu²  la jurusan pun yg len. tp tup²  aku dapat len, dan aku pun tau la sndri knp benda 2 leh berubah..tp last² pas kne pakse akhirnye pegi gak, time f.4 aku mmg x minat gile awam 2. ape aku belajo pun x tau ar.. tp last²  bila dh nek f.5 aku pun TERminat kat awam, pas2 mula lah tukar cecite nk jd pelukis pelan..



tp panas x smpai ke petang, tetiba stunami di petang ari kat jepun..aku dpt smbung belajo dip. tp syg mmg 1000kali syg sbbnye dip. aku 2 dip. elktronik..cis mmg jauh gile lari, nk kejo pun semput... pastu perangai aku nie jenis bila x dpt ape yg aku xsk mmg aku xmo pegi. tp pas kne marh + bbel terpakse ar pg [nie smua kes F.6]. sbb dlu aku dpt F.6 pastu time nk dftr 2 mak bapak aku dh beria dh nk g antar pepagi..siap kjut aku lg suh siap² tp aku bleh wat dekkkk je dok dlm bilik xmo kuar, last²  amek kau bapak aku x tegur aku. ade la dlm 1/2bulan bapak aku diam je xmo ckp dgn aku...


bila aku dh daftar amek dip. 2 aku pun pening sebenarnya cecita aku nie ape benda ea? aku nie nk jd ape pas abis dip. nie? dh ar x minat pastu xtau tah ape yg aku belajo pun xtau ar..time 2 aku tension gak ar sbb dak kelas aku 2 mejoriti mmg ade asas elektronik/elektronik dr skol teknik dlu, cume ade 3org je la yg xde asas..
bila exam je markah masing²  high pastu kne tang aku mmg sungguh memalukan =P...
tp bila nek sem3 aku dh start minat dgn subject dia sbb time 2 aku blajo subject autoCAD, C++, telekomunikasi,..tiem nie la aku berangan vs cecita nk jd programmer [TERberangan]..



hahahaha....tp bila dh nk abis nie rs cam nk tukar bidang ar lak, tetibe aku TERminat nk belajo nk bt cupcake [cis, berangan lg !]..


p/s * tetapkan lah matlamat idup anda =P

27 Mac 2011

genting

time bOring² x tau nk wat pe tetibe tegerak lak nk tgok gambo dulu²...
pas2 ternampak kngan time g genting dulu...


best la gak g sne tp yg aku x puas ati and rasa nk g lagi sbb aku g sne x smpat nk men snow !!
time mula2 dtg cri gak tempat 2 tp x jumpa, 
bila dh nk balik jumpe lak...cis, geram je aku time 2...
pas2 cam biase la kat sne ade tikam2, ala benda yg selalu ade kat funfair 2...
yg ken bling2 pas2 menang x pun tgkat itik...
aku geram dgn benda 2 !
aku punyelah beria men benda 2 sbb aku nk tedy kuda laut 2...
aku rasa tedy kuda laut 2 xde jual kat kedai2 biase, sbb aku x penah nmpak tedy 2, 
2 yg aku geram 2 x dpt !!!


nie ms nk nek atas,
sepanjg dlm kreta kabel nie aku x sng dduk...
tkut gle, mcm² pkir.
klau lah jtuh mati aku, ngah pkir² tetibe kate kbel 2 leh lak t'berenti...
buat cuak aku je...







26 Mac 2011

muka puas

hahahaha....
nie ar muka budak puas !
puas ape? puas mkn...
1 ari kje dia mkn je...

start je jln dh g cr mee rebus power,
pulak 2 mee rebus 2 kat tesco dh terbeli cool blog pulak =P


muka cam nk mntk pelempang !

time jalan² ada lak org nk belanje ais-krim mcd,
ape lg sebat je la...
pas2 time nk balik mengidam lak nk mkn dulian, 
dh berenti cari dulian...


muka bdk epy dpt mkn dulian =)



* nie lah mslah aku,
ckp nk diet tp bila nmpk mknan x hengat dunia tol...

22 Mac 2011

maafkan diriku...

Andai sahaja esok, lusa @ nanti
Aku sudah tiada disini.....
Aku tak nak kau bersedih hanya kerana
Aku dengan kau telah tersisih.....
Ingin aku ingatkan
Ini bukan ucapan “SELAMAT TINGGAL”
Tapi satu janji.....

Justeru itu,
Andai ketika
Yang terjadi aku tidak bersama dengan engkau
Terima kasih kerana semuanya
Ampuni segala dosa aku.....

Janji pada aku
Jangan menangis
Kerana ketika kau gembira
Walau dengan sesiapa sahaja teman kau
Aku turut juga gembira.....
Gembirakan lah aku
Kerna aku sayangkan kau.....



17 Mac 2011

syg kamu

aku sgt merindui mu wahai kekasih ku.
setiap malam aku dlm kerinduan,
terbayang² akan kamu,
rs cam nk peluk cium kau je !
tp kau jauh ar lak dgn aku,
bila dh dekat aku terlupa lak dgn kau
aku mntak maap la ye..
xpe nnt aku jumpe kau aku peluk cium kau k.
oh, aku syg kau sgt² !!!



ini lah syg sye =)

15 Mac 2011

ownskin

Mari-mari BERownskin !!!

mesti korg tertanye² ape benda-alah ar ownskin nie ea,
kalau nk tau try ar klik ownskin bende nie.
bila korg dh klik msti korg dh tau kan benda-alah ape 2.
benda-alah nie ar yg aku selalu bt bila aku bosan
tp kekadang 2 xde ar bosan mne pun tp aku ttp nk gi buka
sbbnye aku mmg suka edit theme hp aku ;)

kat ownskin nie korg leh cari theme yg cute² utk hp kesygan korg 2,
selen 2 korg leh cari wallpeper, leh download game.
klau nk lg best, korg leh edit theme hp korg sendiri kat situ.
senang je...

nie cth klau korg edit guna PRO II

klau korg guna hp jenis nokia lg best,
setiap icon korg leh pilih nk letak icon yg mne.
cthnye cam kat bwh nie :



senang cite korg try ar dlu,
nnt bru korg tau ape bestnye =)

ok, selamat mencube (^_^)

14 Mac 2011

10 petanda DIA JODOH kita

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



BERSAHAJA
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


SENANG BERSAMA
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


TERIMA KITA SEADANYA
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


SENTIASA JUJUR
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


PERCAYA MENPERCAYAI
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperolehi kedua-duanya.


SENANG BERKERJASAMA
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


MEMAHAMI DIRI KITA
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri". Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


TAMPILKAN KELEMAHAN
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


KATA HATI
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan Yang Maha Berkuasa.


SOLAT ISTIKHARAH & TAWAKKAL
Jodoh dan pertemuan semuanya datang dari Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh Yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

 

ANDAINYA LELAKI TAHU

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya 
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, 
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
 
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. 
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, 
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.



Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, 
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, 
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, 
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, 
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, 
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. 
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, 
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, 
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, 
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. 
Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi 
degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. 
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, 
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, 
percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. 
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.



Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. 
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah 
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia 
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda 
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi 
dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, 
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.






01 Mac 2011

bangga

Jangan bangga dengan kecantikan, 
kerana pada akhirnya kamu akan kembali ke tanah.

Jangan bangga dengan kejayaanmu,
kerana kejayaanmu itu tidak kekal di dunia.

Jangan bangga dengan pakaian mewah, 
kerana pakaian terakhirmu adalah kain kafan.

Jangan bangga dengan kenderaan, 
kerana kendaraan terakhir yang akan mengantarmu adalah kenderaan jenazah.

Jangan bangga dengan tempat tidur yang empuk,
karana tempat tidur terakhirmu adalah tanah perkuburan.

Jangan bangga dengan dengan gelaran yang kau miliki, 
karena gelaran terakhir yang akan kamu miliki adalah almarhum.


╔════ ೋღ☃ღೋ ═════╗
☼ i ♥ my mom & dad so much ! ☼
╚════ ೋღ☃ღೋ ═════╝